14 August 2016

SEJARAH SEKOLAH

SEJARAH SEKOLAH

SKWJ dibuka pada tahun 2003 dan sesi persekolahan pertama bermula pada 6 Januari 2003, Guru Besar ketika itu ialah Pn. Rosida bt. Mohamad Sainee, PK Pentadbiran En. Mohamad Rosli b. Jamaluddin, PK HEM En. Mohamad Nordin b. Ismail, PK Kokurikulum En. Zulkifli b. Zainal Abidin. Jumlah kelas pada hari pertama pendaftaran adalah 5 buah kelas (Tahun 1 hingga Tahun 5).  Kebanyakan murid-murid adalah daripada penempatan semula murid dari SK Seri Ampang mengambil alamat tempat tinggal yang paling hampir dengan sekolah. Jumlah guru ketika itu adalah seramai 17 orang.
Persekolahan satu sesi dan bermula P&P pada pukul 7.40 pagi hingga 1.10 petang. Tahun 2004 bermulanya peperiksaan UPSR yang pertama. Tidak ada peruntukan pengawal keselamatan pada tahun 2003. Pn Rosida Bt. Mohamad Sainee telah bertukar ke SKPPH pada tahun 2008, diganti oleh Pn. Hjh. Robitah Bt. Mohd Noor yang berkhidmat sehingga tahun 2010 seterusnya bersara wajib. Tempat beliau diganti oleh Pn. Hjh. Paridah bt. Hj. Abdul Karim yang kemudiannya bersara pada Jun 2013. Tempat beliau diganti oleh En. Zainor Amrri Bin Zulkifli sehingga April 2014 dan diganti oleh Pn. Nor Asiah Bt. Ahmad sehingga kini.